Friday, May 11, 2018

Cara Atasi Masalah Sembelit Si Manja

Sumber dari google

Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil adalah sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.
Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudak mula makan makanan pejal.

Tanda anak mengalami sembelit

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Meragam
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Thursday, May 3, 2018

Tips : Cara Rangupkan Semula Popcorn Lemau

Pernah tak beli popcorn dan buka je bekas popcorn tu dah lemau?Mesti kecewa giler kan masa tu. rasa nak pergi jumpa balik dengan seller tu dan mintak balik duit..agak-agak apelah perasaan orang yang jual tu kan??ermmmm..


Perasaan dia memang rasa bersalah sangat-sangat sebab cikmiey salah seorang seller yang jual popcorn lemau dekat customer..huuuwaaaaaa
Memang tak perasan yang stock popcorn yang ada tu rupanya dah lemau. itu pon nasib baik jual dekat ofismate dan dia bagitau yang popcorn dah lemau. terus cikmiey gantikan dengan yang baru. pastu ada teringat yang sebelum tu ade jual pada sorang datin nie. terus cikmiey contact minta maaf dan offer dia untuk refund balik duit popcorn yang dia beli. walaupun hanya RM10, takot woooo makan duit tak berkat. Alhamdulillah, datin tu halakan dan paham masalah seller jika jenis simpan stock kat rumah.