Friday, May 11, 2018

Cara Atasi Masalah Sembelit Si Manja

Sumber dari google

Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil adalah sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.
Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudak mula makan makanan pejal.

Tanda anak mengalami sembelit

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Meragam
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Thursday, May 3, 2018

Tips : Cara Rangupkan Semula Popcorn Lemau

Pernah tak beli popcorn dan buka je bekas popcorn tu dah lemau?Mesti kecewa giler kan masa tu. rasa nak pergi jumpa balik dengan seller tu dan mintak balik duit..agak-agak apelah perasaan orang yang jual tu kan??ermmmm..


Perasaan dia memang rasa bersalah sangat-sangat sebab cikmiey salah seorang seller yang jual popcorn lemau dekat customer..huuuwaaaaaa
Memang tak perasan yang stock popcorn yang ada tu rupanya dah lemau. itu pon nasib baik jual dekat ofismate dan dia bagitau yang popcorn dah lemau. terus cikmiey gantikan dengan yang baru. pastu ada teringat yang sebelum tu ade jual pada sorang datin nie. terus cikmiey contact minta maaf dan offer dia untuk refund balik duit popcorn yang dia beli. walaupun hanya RM10, takot woooo makan duit tak berkat. Alhamdulillah, datin tu halakan dan paham masalah seller jika jenis simpan stock kat rumah.

Saturday, January 20, 2018

Resepi Carrot Kek Moist - Senang - Cepat

Kek carrot ni memang super duber sedap, senang dan cepat. Bahan-bahan dia pon ringkas je. Cara buat die lagi la senang, campak2 dalam mix bowl pastu kacau2 sebati terus je bakar
Hampir seminggu lebih jugak la cikmiey duk cari resepi yang paling ringkas dan sedap. Setiap masa duk bercinta dengan cinta google..hehe
Kek nie ofismate cikmiey yang order. Booking slot dari tahun lepas lagi untuk birthday suami tersayang. Tapi tu la kan, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan. Cikmiey delay buat kek carrot ni seminggu dari tarikh yang kawan nak. Nak buat cner, si kecik Ayra ni xnak duk bawah. Pantang tak nampak kelibat ummi die terus nangis. Sedangkan si abang ngan abah die ade je kat sebelah. Bertuah betul si kecik nih..huhu
Aishh...panjang plak duk membebel kat cni. Orang datang jenguk blog kita nak tengok resepi kan 😆
Jom kita tengok resepi kat bawah ni ye 👇

Wednesday, October 18, 2017

Resepi : RED VELVET CHEESE LAVA

Assalamualaikum semua,

Cikmiey dah aim dalam vision board untuk bawa suami dan anak-anak pergi bercuti tahun depan. pilihan destinasi kami ialah SABAH. Ramai duk citer yang sabah ni best dan banyak seafood yang segar dan yang penting MURAHHHH!!!! cikmiey memang hantu seafood taw. So, demi target dan impian cikmiey tu, mula la menabung dari sekarang. Nak harapkan gaji bulanan memang xdapat la cikmiey kumpul bajet untuk kesana. 

Sejak dari itu cikmiey mula terpikir untuk bisness kecil-kecilan dan disebabkan minat sangat dengan baking kek, cikmiey mula cuba buat satu kek yang cukup viral sekarang ni iaitu kek lava. Sebab nak lain dari yang lain cikmiey cuba buat red velvet memandangkan kat kwsn taman cikmiey belum ada orang jual. Alhamdulillah mendapat sambutan walaupun takde a gempak mana. Sebab cikmiey hanya buat hujung minggu..

Thursday, October 5, 2017

SHAKLEE PROMOSI OCTOBER 2017

October yang sungguh mengujakan..Mana tidaknya shaklee buat promo kaw2 bulan ni dengan item yang paling hot "ESP"
ESP ni boleh dikatakan antara yang penting dari yang terpenting taw..
Set kurus ade ESP
Set kulit cantik ade ESP
Set berpantang ade ESP

Thursday, September 21, 2017

Resepi Red Velvet + Topping Cream Cheese

Assalamualaikum
Kek yang sangat senang dan cepat untuk dibuat. Pada yang xpernah buat kek pon boleh cuba sebab kek ni just campur2 ikut sukatan dan whisk pakai tangan je. Tak perlu ada mixer semua tu. So, xde alasan ok.
Red velvet kek ni sangat lebut,gebu dan moist. Makan banyak pon xmuak. Manis pon sedang-sedang elok je dengan tekak Cikmiey sekeluarga.
Cikmiey agak memilih sikit bab2 cari resepi untuk dicuba. Sebolehnya Cikmiey akan cari yang paling senang dan bahan-bahan dia tak susah. Sukatan mesti dalam cawan atau gram. Pastu cara-cara dia tak complicated.

Tuesday, September 19, 2017

GEMUK SELEPAS BERSALIN UMPAMA MIMPI NGERI BAGI KAUM IBU

Gemuk???memang menjadi ketakutan bagi setiap bakal2 ibu yang akan bersalin.  Mana tidaknya dari yang saiz lidi terus jadi saiz straw coolblog.hahaha..stresss bukan??
Itulah yang Cikmiey alami selepas bersalin anak sulung pada tahun 2016 lepas. Baju-baju dalam almari banyak yang tak boleh pakai dah. Seluar pun sama. Huuwwaaaaa (T_T). Cikmiey lepas 2bulan pantang terus kena masuk kerja dan satu kilang tegur cakap kita GEMUKKKK!!!
Rasa nak marah tapi itu memang realiti dan harus redha dan pasrah je lah. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri dan SENYUM. Lepas tengok pulak ofismate lain yang lepas pantang xgemok macam kita,aduh lagi sedih dan keciwa gitew.
Ni semua gara-gara tak berpantang dengan betul selepas bersalin.
Antara sebab-sebab kenapa berat badan Cikmiey tak turun selepas bersalin ialah :
✔ Tidak berbengkung sepanjang berpantang. Alasan sebab leceh dan susah nak handle.
✔ Tidak direct feeding anak. Orang kata menyusu anak boleh kurus
✔ Tidak kawal pemakanan
✔ Tidak bertungku dan berurut. Dulu bertungku 2x je. Cikmiey pon dah lupa kenapa tak bertungku
Alhamdulillah pada tahun ni 2017 Cikmiey mengandung lagi anak ke-2. Dan kali ni tekad nak jaga luaran dan dalaman sebelum,semasa dan selepas bersalin. Cikmiey juga banyak study dan belajar dari pengalaman yang lampau. Alhamdulillah Cikmiey dapat kurangkan berat badan sewaktu berpantang dengan mengamalkan beberapa tips.
Tips elakkan badan gemuk selepas bersalin
Susu ibu : Susukan anak dengan susu badan kita sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Klik untuk dapatkan tips ibu menyusu sehingga 2 tahun
Berbengkung : Mungkin ramai di kalangan ibu bersalin yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin. Rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah dengan berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
Bertungku, bertangas, bersauna : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
Kawalan pemakanan : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna kita boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika kita tidak menyusu atau bayi kita tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
TIPS YANG PALING AWESOME YANG CIKMIEY AMALKAN
[SET BERPANTANG SHAKLEE]
Nak tahu kenapa Cikmiey cakap set berpantang ni tersangat awesome???
:: Menyembuhkan luka jahitan yakni luaran dan dalaman dengan sangat cepat.
:: Mengecutkan peranakan dengan cepat. Sampai bidan cikmiey tanye makan ubat apa..hehe
:: Milkbooster. Yang ni serius memang terbaik. Cikmiey ade pengalaman susu tak banyak sewaktu anak 1st. Stress juga sebab kecik-kecik dah terpaksa campur fm. Alhamdulillah dengan amalkan set berpantang shaklee susu memang meriah. Asyik membengkak dan wajib pam. Sekali pam dapat 5oz or lebih. Mama cikmiey pon perasan perubahan ni.
:: Berat badan turun dengan banyak dan cepat. Ikut pengalaman lampau,berat cikmiey turun 7kg sahaja sedangkan pertambahan semasa pregnant 20kg (T_T). Dengan set pantang ni cikmiey dapat turunkan 12kg. Ini disebabkan cikmiey kawal makan dan tak berasa lapar dengan adanya ESP shaklee. Dan ESP ni sangat sedap dan creamy
:: Kulit jadi semakin cantik. Ini sebab dalam set berpantang ada Vit C
:: No more sembelit dan sakit-sakit belakang. Ini sebab dalam set shaklee ni ada ostematrik yang sememangnya perlu untuk kita
Itu antara-antara kebaikan yang kita dapat dengan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE. KULIT TERPAKSA JADI CANTIK, CERGAS&BERTENAGA DAN KURUS
Jika berminat untuk try set berpantang shaklee ni boleh direct contact Cikmiey ye. Nanti saya akan ceritakan lebih banyakkkk pasal kelebihan dan kehebatan shaklee ni
Plz PM di no  013 5785306 (cikmiey/mamaG)
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1188255