Thursday, September 21, 2017

Resepi Red Velvet + Topping Cream Cheese

Assalamualaikum
Kek yang sangat senang dan cepat untuk dibuat. Pada yang xpernah buat kek pon boleh cuba sebab kek ni just campur2 ikut sukatan dan whisk pakai tangan je. Tak perlu ada mixer semua tu. So, xde alasan ok.
Red velvet kek ni sangat lebut,gebu dan moist. Makan banyak pon xmuak. Manis pon sedang-sedang elok je dengan tekak Cikmiey sekeluarga.
Cikmiey agak memilih sikit bab2 cari resepi untuk dicuba. Sebolehnya Cikmiey akan cari yang paling senang dan bahan-bahan dia tak susah. Sukatan mesti dalam cawan atau gram. Pastu cara-cara dia tak complicated.

Tuesday, September 19, 2017

GEMUK SELEPAS BERSALIN UMPAMA MIMPI NGERI BAGI KAUM IBU

Gemuk???memang menjadi ketakutan bagi setiap bakal2 ibu yang akan bersalin.  Mana tidaknya dari yang saiz lidi terus jadi saiz straw coolblog.hahaha..stresss bukan??
Itulah yang Cikmiey alami selepas bersalin anak sulung pada tahun 2016 lepas. Baju-baju dalam almari banyak yang tak boleh pakai dah. Seluar pun sama. Huuwwaaaaa (T_T). Cikmiey lepas 2bulan pantang terus kena masuk kerja dan satu kilang tegur cakap kita GEMUKKKK!!!
Rasa nak marah tapi itu memang realiti dan harus redha dan pasrah je lah. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri dan SENYUM. Lepas tengok pulak ofismate lain yang lepas pantang xgemok macam kita,aduh lagi sedih dan keciwa gitew.
Ni semua gara-gara tak berpantang dengan betul selepas bersalin.
Antara sebab-sebab kenapa berat badan Cikmiey tak turun selepas bersalin ialah :
✔ Tidak berbengkung sepanjang berpantang. Alasan sebab leceh dan susah nak handle.
✔ Tidak direct feeding anak. Orang kata menyusu anak boleh kurus
✔ Tidak kawal pemakanan
✔ Tidak bertungku dan berurut. Dulu bertungku 2x je. Cikmiey pon dah lupa kenapa tak bertungku
Alhamdulillah pada tahun ni 2017 Cikmiey mengandung lagi anak ke-2. Dan kali ni tekad nak jaga luaran dan dalaman sebelum,semasa dan selepas bersalin. Cikmiey juga banyak study dan belajar dari pengalaman yang lampau. Alhamdulillah Cikmiey dapat kurangkan berat badan sewaktu berpantang dengan mengamalkan beberapa tips.
Tips elakkan badan gemuk selepas bersalin
Susu ibu : Susukan anak dengan susu badan kita sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Klik untuk dapatkan tips ibu menyusu sehingga 2 tahun
Berbengkung : Mungkin ramai di kalangan ibu bersalin yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin. Rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah dengan berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
Bertungku, bertangas, bersauna : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
Kawalan pemakanan : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna kita boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika kita tidak menyusu atau bayi kita tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
TIPS YANG PALING AWESOME YANG CIKMIEY AMALKAN
[SET BERPANTANG SHAKLEE]
Nak tahu kenapa Cikmiey cakap set berpantang ni tersangat awesome???
:: Menyembuhkan luka jahitan yakni luaran dan dalaman dengan sangat cepat.
:: Mengecutkan peranakan dengan cepat. Sampai bidan cikmiey tanye makan ubat apa..hehe
:: Milkbooster. Yang ni serius memang terbaik. Cikmiey ade pengalaman susu tak banyak sewaktu anak 1st. Stress juga sebab kecik-kecik dah terpaksa campur fm. Alhamdulillah dengan amalkan set berpantang shaklee susu memang meriah. Asyik membengkak dan wajib pam. Sekali pam dapat 5oz or lebih. Mama cikmiey pon perasan perubahan ni.
:: Berat badan turun dengan banyak dan cepat. Ikut pengalaman lampau,berat cikmiey turun 7kg sahaja sedangkan pertambahan semasa pregnant 20kg (T_T). Dengan set pantang ni cikmiey dapat turunkan 12kg. Ini disebabkan cikmiey kawal makan dan tak berasa lapar dengan adanya ESP shaklee. Dan ESP ni sangat sedap dan creamy
:: Kulit jadi semakin cantik. Ini sebab dalam set berpantang ada Vit C
:: No more sembelit dan sakit-sakit belakang. Ini sebab dalam set shaklee ni ada ostematrik yang sememangnya perlu untuk kita
Itu antara-antara kebaikan yang kita dapat dengan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE. KULIT TERPAKSA JADI CANTIK, CERGAS&BERTENAGA DAN KURUS
Jika berminat untuk try set berpantang shaklee ni boleh direct contact Cikmiey ye. Nanti saya akan ceritakan lebih banyakkkk pasal kelebihan dan kehebatan shaklee ni
Plz PM di no  013 5785306 (cikmiey/mamaG)
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID : 1188255

Saturday, September 9, 2017

6 Tips Kek Span Gebu dan Cantik

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak terusik blog cikmie nih. Mana tidaknya, 2bulan cikmie blk berpantang kat kampung sampai tak sempat nak bukak blog. Sebaliknya pergi bukak LAZADA, SHOPPE,IG dan macam-macam lagi lah. Yelah,dunia diujung jari sekarang kan kita klik je terus dapat apa yang dihendaki. Yang penting DUIT kena ada la..hihi

Cerita bersalin dan berpantang pon cikmie belum conteng lagi kat sini. Mana tahu kot2 ada yang boleh refer untuk persediaan korang2 plak kan.

Panjang plak cikmie berleter kat sini,point utama belum masuk lagi nih..hihi..
Dekat-dekat nak habis pantang haritu hampir setiap hari cikmie buat kek dan kuih untuk adik2 kat kampung. Hepi sangat tengok diorg makan apa yang kita buat. Pastu mulalah ambil gambar dan post kat fesbuk. Siap #openorder tu. Tak pasal2 kak ipar kita pm request nak kek birthday untuk puteri beliau. Mula-mula cikmie tolak sebab tak confident tapi last2 terima juga. Cuba untuk cabar keupayaan diri. Cikmie buat kek span coklat dan coating dengan cream cheese dan buttercream. Fuh!!! Sedap yang teramat. Nanti cikmie share resepi kek dengan buttercream tu yer.

Sekarang ni cikmie nak share 6 TIPS UNTUK DAPATKAN KEK SPAN GEBU DAN CANTIK. Seperti yang kita tahu,kek span ni agak cerewet dan mudah penyek kalau salah teknik nya. Cikmie pon dah banyak kali try & error, alhamdulillah menjadi juga.

Sumber : daridapur.com

1) JANGAN GUNA TELUR YANG BERADA DALAM PETI AIS
* gunakan telur yang bersuhu bilik untuk dapat kek yang naik dengan cantik dan tidak penyek

2) SUKAT BAHAN DENGAN TEPAT
* jangan main agak-agak sukatan setiap bahan. Kalau nak senang guna penimbang digital. Murah-murah je kat lazada or shoppe

3) GUNA BERUS PASTRI UNTUK GRIS LOYANG ANDA
* nak guna baking paper pon boleh juga dan jangan sapu butter or minyak pada tepi loyang untuk elakkan kek penyek lepas masak nanti

4) LETAKKAN POSISI LOYANG PADA TENGAH-TENGAH OVEN
* ini penting untuk memastikan kek dibakar sekata. Gunakan api atas dan bawah ye.

5) JANGAN BUKA PINTU OVEN SEBELUM 30 ATAU 40 MINIT SEMASA MEMBAKAR.
* ini juga penting bagi mengelakkan kek kita mendap atau bantat ye

6) CEPAT-CEPAT TERBALIKKAN ATAS REDAI SELEPAS KEK MASAK
* selepas kek masak,biarkan seminit kemudian terbalikkan atas redai selama 5 minit. Lepas tu terbalikkan semula atas papan kek sehingga sejuk

Harap korang boleh praktikkan ye tips yang cikmie share ye.