Saturday, January 20, 2018

Resepi Carrot Kek Moist - Senang - Cepat

Kek carrot ni memang super duber sedap, senang dan cepat. Bahan-bahan dia pon ringkas je. Cara buat die lagi la senang, campak2 dalam mix bowl pastu kacau2 sebati terus je bakar
Hampir seminggu lebih jugak la cikmiey duk cari resepi yang paling ringkas dan sedap. Setiap masa duk bercinta dengan cinta google..hehe
Kek nie ofismate cikmiey yang order. Booking slot dari tahun lepas lagi untuk birthday suami tersayang. Tapi tu la kan, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan. Cikmiey delay buat kek carrot ni seminggu dari tarikh yang kawan nak. Nak buat cner, si kecik Ayra ni xnak duk bawah. Pantang tak nampak kelibat ummi die terus nangis. Sedangkan si abang ngan abah die ade je kat sebelah. Bertuah betul si kecik nih..huhu
Aishh...panjang plak duk membebel kat cni. Orang datang jenguk blog kita nak tengok resepi kan 😆
Jom kita tengok resepi kat bawah ni ye 👇
Sumber resepi :daridapur.com
Bahan-bahan kek

A
375g tepung naik sendiri
1 1/2 s/k baking powder
1 s/k baking soda bikarbonat
1 1/4 s/k cinnamon 

B
1/4 s/k garam
135g gula perang
180g gula castor
(bg cikmiey agak manis, so kalo nk kurang manis kurang ckit jadi 150g gula castor tu)

100g minyak jagung (cikmiey guna minyak masak)
100g butter (cairkan)

D
4 biji teur gred A (pukul sekejap)

E  
355g carrot (sagat dulu baru timbang)
30g walnut (mcm ckit 30g, so cikmiey guna 100g)



Cara penyediaan

1. Masukkan B ke dalam A. Kacau sebati
2. Masukkan bahan C. kacau sebati

3. Masukkan bahan D. Kacau lagi

4. Masukkan bahan E. Gaul sebati sahaja


5. Bakar 180゜C , 50 minit (bergantung pada oven masing2)




Bahan-bahan cream cheese
250 gram cream cheese (wajib suhu bilik)
4 s/b gula castor
1 cawan whipping cream

Cara penyediaan
1. Putar cream cheese sampai soft. Takde ketul-ketul
2. Masukkan gula castor
3. Masukkan whipping cream
#cikmiey guna 2 adunan untuk coating 1 biji kek



Tips
✔Tak perlu nak kacau lama-lama. Just nice semua bahan sebati dah kira OK
✔Bakar 3 loyang saiz 8 inch. Tinggal lama adunan sementara tunggu turn nak bakar pon OK
    *Nanti senang nak layer kek dengan cream cheese. Tak payah nak potong2. Kang senget tak cantik plak kn
Kek ni lepas bakar memang tak naik menggunung kat tengah. Maybe sebab kita x beat lama2 kn. So, jangan over beat ye.

SELAMAT MENCUBA YE 

No comments:

Post a Comment